Antara Produk Minda & Makanan Minda

Produk minda seringkali dikaitkan dengan para ibubapa yang prihatin dalam kemajuan pembelajaran anak-anak mereka ada diperingkat rendah, menengah atau pengajian tinggi.

Produk minda secara umum merujuk kepada makanan yang bertujuan khusus untuk meningkatkan keupayaan dan potensi minda sama ada secara langsung melalui makanan harian atau produk yang dihasilkan melalui kaedah saintifik dan menggunakan teknologi moden.

Produk minda Examo merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan Examo mengandungi garam tisu biokimia triturate Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.

structure-of-multipolar-neuronKajian oleh Prof. Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh mengalakkan ranting-rantingnya tumbuh dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf.

Menurut penyelidikan laon oleh Dr. W.H. Schusessler, seorang pakar biokimia bangsa Jerman, beliau menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau Zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia.

Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr. Azizan Hj. Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan biokimia istimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM500.

produk-minda-examo_10092014